Tuesday 28 May 2013

Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Jabatan Sains IPGKTI

Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Jabatan Sains telah diadakan pada hari Khamis, 23 Mei 2013. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan maklumat awal berkaitan perlaksanaan dan pengurusan PBS yang telah pun menjangkau tahun ketiga dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara. Sebagai pensyarah yang melatih para siswa/siswi guru , seharusnya para pensyarah didedahkan terlebih awal bagi memantapkan diri dengan input-input berkaitan PBS. Ini disebabkan para pensyarah akan menjadi sumber rujukan kepada para siswa/siswi guru sebelum menjejakkan kaki ke sekolah samada untuk amalan profesional @ praktikum mahupun setelah ditempatkan ke sekolah. 

Kursus sehari ini telah disampaikan oleh Pn. Faridah bt Suratman yang telah menghadiri kursus berkaitan PBS sebelum ini. Antara aktiviti kursus pada hari tersebut adalah slot ceramah, sesi soal jawab dan sesi bengkel pembinaan instrumen dan pengenalan sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (SPPBS).
Melalui pendedahan kepada kursus ini, diharapkan para pensyarah akan terdedah kepada PBS dan mendapat kefahaman yang baik sebelum menerang dan membimbing para pelajar kepada perlaksanaan PBS di sekolah.

Pn Faridah Suratman sedang menyampaikan taklimat beliau

Tn Hj Norizan, En Zulfahmi, Pn Hjh Rahimah dan Pn Prema sedang khusyuk memberi perhatian kepada taklimat PBS

En. Mohan, Pn Khalidah dan Pn Halina turut hadir dalam kursus PBS ini

En Ang dan En Daud sedang berbincang semasa sesi bengkel pembinaan instrumen PBS

Kelihatan En Kok dan En Ang sedang mencuba aplikasi SPPBS melalui talian internet

 Gandingan orang lama dan baru yang memberi impak positif kepada kejayaan bengkel

  Dr Yazid sedang mencuba aplikasi SPPBS dalam talian

1 comment:

  1. Iron Bank | Tioga Ridge | Tiaroga Ridge | Tiaroga Ridge
    Visit Tiaroga Ridge on Tiaroga Ridge titanium trim hair cutter reviews for a variety of delicious titanium jewelry steaks 해외야구 and titanium pots and pans potatoes. micro touch hair trimmer

    ReplyDelete