Sunday 25 May 2014

Pameran Sambutan Hari Bumi 2014

Pada 20 April 2014 bertempat di Foyer IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor, satu pameran bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2014 Peringkat IPG kampus Temenggong Ibrahim Johor telah dijalankan. Pameran itu telah dianjurkan oleh Jabatan Kajian Sosial dan Jawatankuasa ECO IPG Lestari IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Jabatan Sains turut sama dalam pameran tersebut dengan mempamerkan aktiviti-aktiviti ECO yang sedang dilaksanakan di peringkat jabatan dan institut. Terima kasih kepada semua pensyarah dan staf yang terlibat dalam menjayakan pameran Sambutan Hari Bumi tersebut.

Hasil bahan daripada sisa pejabat seperti kertas terpakai dan sampul kertas A4

Beg serbaguna yang menjimatkan

Kertas terpakai boleh digunakan sebagai sampul duit

Staf dan Pensyarah yang menjadi tulang belakang Pameran Hari Bumi 2014

Sekalung penghargaan buat Ketua Jabatan Sains, En. Sairi bin Jasman, Pn. Faridah Suratman, Pn. Salmah bt Abd Aziz, Pn. Musdalifah bt Yahya, Cik Norhafizah bt Biden, En Abd Ghafar bin Maslan dan En. Abu Bakar Al Sidek bin Hassan serta para pensyarah dan staf di atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan pameran ini.

No comments:

Post a Comment