Saturday 27 April 2013

Kursus Penyediaan Baja Kompos

Pada Rabu, 20 Februari 2013 yang lalu, Jabatan Sains IPG Kampus Temenggong Ibrahim telah menjalankan satu kursus Baja Kompos di Makmal Hortikultur, Jabatan Kemahiran Hidup. Kursus ini telah disertai oleh 44 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dan staf sokongan daripada beberapa jabatan. Tujuan utama kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada warga kampus tentang penyelenggaraan sisa organik secara sihat, berfaedah dan mesra alam. Selain itu, aktiviti ini adalah selaras sebagaimana pelan strategik IPG Lestari. Fasilitator yang terlibat dalam kursus ini ialah En Ahmad Puad bin Aris dan Pn Hjh Naemas bin Taib. Peserta telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang penghasilan baja kompos melalui aktiviti ‘hands-on’. Para peserta juga telah diminta untuk membawa sisa-sisa organik bagi tujuan aktiviti tersebut.



Sebahagian peserta yang mengikuti kursus sedang mendengar teori penyediaan baja kompos oleh En. Ahmad Puad bin Aris dari Jabatan Kemahiran Hidup, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor 


 
Penyediaan EM ( Effective Microbes ) oleh para peserta yang proaktif.



Kawasan pengumpulan bahan sisa organik dibina daripada susunan batu blok di kawasan berhampiran pintu masuk Bengkel Hortikultur



  
Beberapa orang peserta sedang menyusun bahan sisa organik mengikut lapisan tertentu sebelum dibiarkan untuk satu tempoh tertentu



Kursus selama sehari itu telah memberikan banyak ilmu kepada para peserta kursus yang berkaitan dengan baja kompos, teknologi EM (Effective Microbe) dan bokashi. Peserta kursus juga telah melakukan sendiri aktiviti amali penyediaan larutan EM dan penghasilan baja kompos di tapak letak kereta di hadapan makmal hortikultur, Jabatan Kemahiran Hidup. 


Aktiviti penghasilan baja kompos ini diharapkan akan berterusan dari semasa ke semasa, samada di peringkat IPG atau individu di tempat masing-masing.




No comments:

Post a Comment