Monday 6 May 2013

Seminar Pembiakan Manusia Anjuran Pelajar Semester 1 PISMP SN/PJ/BC 2013



Seminar Pembiakan Manusia telah diadakan pada 8 April 2013 dan bermula dari pukul 11 pagi hingga 2 petang. Seminar ini dianjurkan oleh opsyen 1 PISMP SN/PJ/BC. Seminar dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Seminar Pembiakan Manusia, saudari Toong Mei Kee. Seterusnya, Ketua Jabatan Sains, Encik Sairi Bin Jasman turut dijemput untuk memberi ucapan dan merasmikan seminar ini. Menurut beliau, pengetahuan pembiakan sangat penting diketahui oleh orang ramai supaya kes-kes pembuangan bayi, penyakit berjangkit seksual dan kehamilan pada waktu remaja dapat dielakkan. Beliau juga menyatakan bahawa untuk menangani masalah ini, pendidikan seks harus diberi sejak sekolah rendah. 


Selepas ucapan Ketua Jabatan Sains, seminar pembiakan manusia terus dirasmikan. Selain itu, pengacara majlis menjemput Ketua Jabatan Sains untuk mencabut undi bagi menentukan giliran kumpulan-kumpulan pembentang. Terdapat sejumlahnya tujuh kumpulan pembentang dalam seminar ini. Antara tajuk pembentangan ialah “Pendidikan Seks di Sekolah. Adakah satu keperluan?”, “Penyakit Berjangkit Seksual”, “Kitaran Haid”, “Perjalanan Sembilan Bulan”, “Fetus Abnormal Akibat Faktor Genetik”, “Kelahiran Normal, Kelahiran Caesarean dan Kelahiran Induced” dan “Kemandulan Masalah Perempuan dan Lelaki”. Sebelum pembentangan dimulakan, pengacara majlis memberi pengenalan tentang tajuk yang akan dibentangkan. Masa pembentangan bagi setiap kumpulan ialah 20 minit. Dalam seminar ini, kedua-dua pensyarah pembimbing, Puan Faridah Binti Suratman dan Encik Muhd Fariz bin Ismail dijemput untuk menjadi juri pengadil bagi pembentangan setiap kumpulan. Secara keseluruhan, semua pembentangan tersebut telah mengambil masa selama 3 jam.

 
En. Sairi Jasman, Ketua Jabatan Sains IPGKTI sedang merasmikan Seminar Pembiakan Manusia 2013

 
Saudari Toong Mei Kee  selaku Pengerusi Jawatankuasa Seminar memberikan ucapan

 


  
 Beberapa orang peserta seminar sedang membentangkan tajuk masing-masing



1 comment:

  1. ミスティーノ ミスティーノ 11bet 11bet 1xbet korean 1xbet korean クイーンカジノ クイーンカジノ カジノ シークレット カジノ シークレット betway login betway login 카지노 카지노 dafabet link dafabet link 카지노 카지노 クイーンカジノ クイーンカジノ 719

    ReplyDelete