Tuesday 21 May 2013

Bengkel On-Line Learning Peringkat Jabatan Sains 2013

Pada Khamis, 7 Mac 2013 telah berlangsung satu bengkel pemantapan bagi pengendalian Pembelajaran Atas Talian di Jabatan Sains IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Bengkel sehari ini telah disampaikan oleh En Razali bin Abdul Rahim dari Jabatan Teknologi Pendidikan, IPGKTI. Antara kandungan bengkel ini adalah pengendalian mendaftarkan pelajar ke dalam kursus, membuat kumpulan pelajar mengikut pensyarah yang mengajar, membuat aktiviti-aktiviti pembelajaran , penandaan tugasan atas talian dan lain-lain lagi.

Ketua Jabatan Sains, En. Sairi bin Jasman bersama-sama para pensyarah Jabatan Sains mengikuti kursus tersebut sepenuhnya. Aktiviti 'hands-on' dan soal jawab berjalan serentak sambil dibantu oleh En. Razali. Bengkel ini ternyata berjaya membimbing para pensyarah bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam penyediaan dan pembelajaran & pengajaran secara atas talian. Semoga bengkel ini dapat dimanfaatkan oleh para pensyarah bagi memperkasakan PdP di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

 En Razali sedang memberikan taklimat 

 Sesi bengkel hands-on dijalankan
Penggunaan LCD dan skrin layar memudahkan sesi bengkel


 

No comments:

Post a Comment