Sunday 25 May 2014

Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan i-THINK di SMK Convent, Muar, Johor

Pada Ahad, 20 Februari 2014, satu lawatan penanda aras pelaksanaan i-THINK ke SMK Convent Muar, Johor telah dijalankan dengan diketuai oleh En. Sairi bin Jasman, Tn. Hj Norizan bin Ghazali dan En. Muhd Fariz bin Ismail dari Jabatan Sains , IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Berikut merupakan sedikit bingkisan daripada lawatan tersebut. 


 Panorama SMK Convent Muar

 !949 - Sekolah ini ditubuhkan

En Sairi dan Hj Norizan sedang membuat pemantauan


 Papan kenyataan berunsurkan i-THINK

Penerapan HOMS (Habits of Mind) di kelas



 Contoh hasil kerja murid

Penerangan oleh guru SMK Convent Muar 
  
Bergambar dengan pentadbir sekolah

Pameran Sambutan Hari Bumi 2014

Pada 20 April 2014 bertempat di Foyer IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor, satu pameran bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2014 Peringkat IPG kampus Temenggong Ibrahim Johor telah dijalankan. Pameran itu telah dianjurkan oleh Jabatan Kajian Sosial dan Jawatankuasa ECO IPG Lestari IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Jabatan Sains turut sama dalam pameran tersebut dengan mempamerkan aktiviti-aktiviti ECO yang sedang dilaksanakan di peringkat jabatan dan institut. Terima kasih kepada semua pensyarah dan staf yang terlibat dalam menjayakan pameran Sambutan Hari Bumi tersebut.

Hasil bahan daripada sisa pejabat seperti kertas terpakai dan sampul kertas A4

Beg serbaguna yang menjimatkan

Kertas terpakai boleh digunakan sebagai sampul duit

Staf dan Pensyarah yang menjadi tulang belakang Pameran Hari Bumi 2014

Sekalung penghargaan buat Ketua Jabatan Sains, En. Sairi bin Jasman, Pn. Faridah Suratman, Pn. Salmah bt Abd Aziz, Pn. Musdalifah bt Yahya, Cik Norhafizah bt Biden, En Abd Ghafar bin Maslan dan En. Abu Bakar Al Sidek bin Hassan serta para pensyarah dan staf di atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan pameran ini.

Saturday 11 January 2014

Perhimpunan Bersama Jabatan Bil.1 / 2014

Hari ini Ahad, 12 Januari 2014 telah diadakan satu perhimpunan bersama jabatan yang telah diadakan di Jabatan Sains dan Jabatan Matematik. Perhimpunan ini merupakan kolaborasi di antara Jabatan Sains dan Jabatan Matematik. Semua pensyarah dan siswa guru berkumpul dan mendengar ucapan yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Sains, En. Sairi bin Jasman dan Ketua Jabatan Matematik, Tn. Hj. Ariston Shah bin Muhaimin. Majlis pada pagi ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Zulfahmi bin Bahaudin.

 Barisan siswa guru Jabatan Sains dan Jabatan Akademik IPGKTI

 Siswa guru 7PISMP SN/PJ/BC 

 Siswa guru opsyen 2PPISMP Matematik, 3PISMP Sains dan 2PPISMP Sains

 Siswa guru DPLI Fizik dan DPLI Fizik/Biologi

 Barisan pensyarah Jabatan Sains dan Jabatan Matematik

 Siswi guru DPLI Fizik dan Biologi

 En. Sairi bin Jasman sedang menyampaikan ucapan beliau

 Turut hadir En. Narmal Singh, Tuan Syed Mohd Hashim dan En. Abd Samad dari Jabatan Matematik

Giliran Tn Hj Ariston Shah bin Muhaimin, Ketua Jabatan Matematik sedang menyampaikan ucapan.