Tuesday, 7 January 2014

Selamat Datang Para Pelajar Baharu Program DPLI SM PPC AMBILAN JANUARI 2014


Selamat Datang Para Pelajar Baharu Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Menengah) Program Pelajar Cemerlang Ambilan Januari 2014 Bagi Opsyen Fizik / Biologi.
 
Ketua Jabatan , Para Pensyarah, Staf Sokongan dan Pelajar di Jabatan Sains mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
 
SELAMAT MENJALANI KULIAH !

Tuesday, 31 December 2013

Selamat Berkuliah Semester 1 2014

 
 
Jabatan Sains IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014, Selamat Berkuliah dan Selamat Bertugas bagi Semester 1 Tahun 2014 kepada semua pensyarah, staf sokongan dan pelajar IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
 
Semoga segala apa yang dirancang dan azam yang ingin dicapai berjaya dilaksanakan pada tahun ini. Pihak Jabatan Sains juga ingin mengucapkan TAHNIAH kepada para pelajar yang telah bergraduat di Majlis Konvokesyen IPG Kementerian Pendidikan Malaysia 2013 baru-baru ini.

" Selamat Maju Jaya "

Friday, 1 November 2013

Seminar Kajian Tindakan 8PISMP SAINS 2013

Pada 8-9 Oktober 2013, satu seminar kajian tindakan bagi para pelajar Semester 8 PISMP Opsyen Sains telah diadakan di DC1. Seminar ini telah disertai oleh 16 orang pelajar Ambilan Jan 2010. Seminar ini turut berlangsung serentak dengan jabatan-jabatan lain di tempat yang telah ditetapkan. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Said bin Hasran, Pengarah IPGKTI dan penutupan pula dilaksanakan oleh Tuan Hj Abu Bakar bin Sahari, Timbalan Pengarah Akademik IPGKTI. 

Kajian tindakan ini telah menonjolkan beberapa kajian yang menarik serta dapat digunapakai semasa proses PdP di sekolah. Adalah menjadi harapan pihak Jabatan Sains agar para pelajar dapat meneruskan budaya penyelidikan ini setelah mereka ditempatkan ke sekolah kelak. Pada seminar kali ini, pelajar Chan Mei Shan telah menjadi pembentang terbaik bagi opsyen Sains. Panel penilai adalah terdiri daripada En. K. Mohan a/l Govindaraju dan Pn Hjh Khalidah bt Ahmad.


Pelajar sedang menyampaikan hasil kajian tindakan


En Mohan dan Pn Khalidah selaku panel penilai



Sebahagian pensyarah Jabatan Sains yang hadir semasa pembentangan dijalankan


Penyampaian hasil kajian dijalankan berbantukan teknologi ICT


Para pelajar Semester 6 PISMP dan Semester 1 PPISMP sedang mendengar pembentangan.


Pelajar sedang menjawab persoalan oleh panel penilai


Dr Yazid dan En. Muhd Fariz antara pensyarah yang hadir semasa pembentangan 


En. Mohan menyampaikan ulasan akhir selepas selesai pembentangan dijalankan bagi pihak panel penilai


Pn. Halina menyampaikan ucapan selaku Timbalan Ketua Jabatan Sains

  
Sebahagian pelajar 8 PISMP Sains Ambilan Jan 2010